21 June 2014

PANDUAN LOG IN FROG VLE

APA ITU FROG VLE ? JOM TONTON VIDEO INI.



PANDUAN LOG IN FROG VLE UNTUK IBU BAPA

LANGKAH 1:
Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome.
LANGKAH 2:
Taipkan alamat VLE FROG sekolah seperti berikut:
https://aba1032.1bestarinet.net
Kemudian tekan ENTER
Sila pastikan KOD SEKOLAH yang ditaip adalah betul. Ini kerana 10000 buah sekolah di Malaysia yang mempunyai akaun frog mempunyai alamat yang sama. Cuma yang membezakan hanyalah KOD SEKOLAH. 

LANGKAH 3:
Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

LANGKAH 4:
Sila isikan Yes ID dan Password anda pada ruangan yang telah disediakan.
LANGKAH 5:
Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan. Klik pada OK.
LANGKAH 6 :
Setelah klik OK , arahan seterusnya dipaparkan.Langkah seterusnya adalah pengaktifan Yes ID dan Password. Taipkan YES ID dan Password.Kemudian klik TERUSKAN
LANGKAH 7:
Arahan seterusnya akan dipaparkan. Klik TIDAK dan klik TERUSKAN.
LANGKAH 8 :
Paparan seterusnya isikan Butiran Peribadi dan sebagainya.Skroll paparan tersebut hingga ke bawah.
LANGKAH 9 :
Setelah Butiran Peribadi diisi, tick di kotak.(seperti yang ditunjukkan oleh anak panah di gambarajah.Kemudian klik AKTIFKAN.
LANGKAH 10:
Arahan seterusnya akan dipaparkan. Klik Continue to frog VLE.
LANGKAH 11:
Seterusnya paparan  di bawah akan ditunjukkan.

LANGKAH 12 :
Tick pada kotak seperti yang ditunjukkan di gambarajah dan klik butang ACCEPT(jika paparan dalam bahasa Melayu klik butang TERIMA)
LANGKAH 13 :
Setelah klik butang ACCEPT/TERIMA , Parent Noticeboard akan dipaparkan.Maka anda telah berjaya masuk ke alam FROG VLE.Anda boleh meneroka setiap ikon yang ada di Parent Notice board.

PERINGATAN!!!

1. Pastkan alamat FROG VLE sekolah iaitu https://aba1032.1bestarinet.net ditaip dengan betul dan             lengkap.
2. Langkah 5 hingga langkah 12 hanya akan dipaparkan semasa anda LOG IN kali pertama. 

3. Untuk Log in kali kedua dan seterusnya, mulakan dari langkah 1 hingga langkah 4.Setelah itu akan         keluar paparan di Langkah 13.

4. Pastikan Yes ID dan Password ditaip dengan betul supaya proses login berjalan lancar. Jika tidak         dapat login, cuba sekali lagi mungkin berlaku kecuaian semasa menaip YES ID dan Password.

Pemberian Yes ID dan Password kepada Ibu bapa memberi maklumat kepada ibu bapa yang mana dapat mengetahui sendiri tentang perkembangan pelajaran anak-anak yang kini semakin canggih dan moden melalui FROG VLE.
Bagi SKKDSK, murid-murid akan menggunakan masa lapang misalnya pada waktu rehat untuk melayari FROG VLE dan menjawab soalan-soalan latihan interaktif serta menambah ilmu pengetahuan.


Murid menggunakan Chromebook untuk melayari FrogVle
Waku rehat di manfaatkan dengan mengakses Frog Vle
Murid mengakses Frog Vle di makmal Chromebook



No comments:

Post a Comment