11 May 2014

Majlis Persaraan Pn. Hajjah Fuziah Bt. Ishak

Tarikh : 9.5.2014
Hari : Jumaat

Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Lipat sirih Di tapak Tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
Budi puan kami tak lupa



Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Diri kami dilupa jangan.

Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi.

JASAMU DIKENANG

No comments:

Post a Comment