13 April 2012

PERTANDINGAN PIDATO PIALA KPM PERINGKAT ZON LUMUT-PANGKOR

Tempat : Dewan Sekolah SKKDSK
Tarikh : 12.4.2012
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang


Pertandingan telah disertai oleh 9 buah sekolah dari zon Lumut - Pangkor.
Pertandingan telah di bahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pidato dan pidato spontan.
Para peserta telah dihakimi oleh En. Amad Sabri B. Kamaluddin(SMK Raja Shahriman),
Tn.Hj. Muslim B. Hassan(SMK Pantai Remis) dan Pn. Norfizah Bt. Mahat(SMK Ambrose Ayer Tawar)
Johan pertandingan ini telah disandang oleh wakil dari SK Seri Samudera iaitu adik Anis Najihah Bt. Ahmad Basri.
Tempat kedua pula disandang oleh adik Nursaidatul Husna Bt. Norsuhaimi dari SK Seri Bayu.
Tempat ketiga pula disandang oleh adik Nur Hidayah Bt. Mohd Izhar dari SK Dato` Ishak.
Hadiah dan sijil pertandingan telah disampaikan oleh PK 1 SKKDSK, 
Pn. Hjh Zuraini Bt. Abdul Murad.Pemenang Tempat Pertama dan Kedua akan bertanding  di peringkat Daerah di SK Sitiawan, pada Isnin 16 April 2012.Pertandingan telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 5.00 petang.



Hakim pertandingan





Peserta dikuarantin sementara menunggu giliran pidato spontan



Piala kemenangan sumbangan dari
En. Mohamad Zaki B. Hamzah

Hjh Zuraini(PK 1 SKKDSK) turut hadir menyampaikan ucapan


Naib Johan dari SK Seri Bayu

Johan Pertandingan dari SK Seri Samudera
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.Tahniah juga kepada semua guru SKKDSK yang telah berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment