28 September 2011

Lawatan Bas Pintar






Lawatan Bas Pintar
Rabu dan Khamis : 21/09/2011 -22/09/2011

PINTAR - singkatan kepada Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility adalah program sekolah angkat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah luar bandar. Sejak dilancarkan, PINTAR telah melaksanakan banyak aktiviti untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah di bawah program ini. Antara kejayaan yang dicapai ialah pada tahun 2008, bilangan pelajar dari sekolah PINTAR yang mendapat 5A dalam UPSR adalah 9.5% lebih tinggi berbanding purata kebangsaan 9.2%.

Kunjungan bas PINTAR adalah suatu usaha untuk mempromosikan teknologi dan dunia tanpa sempadan terutama pada pelajar-pelajar luar bandar. Oleh itu, pada hari Rabu dan Khamis 21/0/2011 hingga 22/09/2011, murid-murid SK Kpg Dato' Seri Kamaruddin berpeluang menyaksikan dan melawat bas PINTAR ini. Antara tarikan utama yang terdapat di dalam bas ini ialah alatan muzik daripada alam semulajadi, penjagaan makanan dan sebagainya. Murid-murid dan guru-guru tidak melepaskan peluang mencuba simulator tersebut.

Diharapkan agar semua pelajar mendapat manfaat daripada lawatan ke atas bas tersebut.

No comments:

Post a Comment