23 April 2013

TAHNIAH DIANG NUR RIFQA


Syabas dan tahniah Diang Nur Rifqa yang telah mewakili sekolah ke Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah-sekolah  Kebangsaan, Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pusat Kokurikulum Haji Ahmad Shah, Jabatan Pelajaran Pahang Kuantan. Beliau juga telah mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Kuiz dalam perkhemahan tersebut.




PELANCARAN ENGLISH WEEK, 22 - 26 APRIL 2013





PELANCARAN MENTOR DAN MENTEE

Hari : Rabu
Tarikh : 17 April 2013
Tempat : Dataran SKKDSK

Pelancaran Mentor Mentee telah dilancarkan dengan rasminya oleh Guru besar Cemerlang Pn. Hjh Hamidah bt. Isa. Program ini akan dijalankan setiap hari Isnin minggu ketiga. Objektif program ini diharapkan murid dapat :

i. Mewujudkan semangat kekeluargaan  yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan  mentee.
ii. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. Mentor dan mentee akan bertemu untuk mengetahui perkembangan diri murid.
iii. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor 
      yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.

Perjumpaan antara mentor dan mentee diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah ntara 30 minit dan 1 kali dalamsebulan.

Penyelaras Program, Cikgu Dayang Chalemut
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKKDSK

Penyerahan Modul kepada Guru Penyelaras setiap kelas.

17 April 2013

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA INGGERIS

Hari : Khamis
Tarikh : 11 April 2013
Tempat : Dewan SKKDSK
Penceramah : Pn. Hjh Saadiah bt. Mahmud, Guru besar SK Segari.


TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW SKKDSK

Syabas dan tahniah Pasukan Sepak Takraw Sekolah yang mendapat Tempat ke 3, dalam Pertandingan Sepak Takraw Peringkat daerah Sekolah Rendah.
Amirul Muzamel, Mohd Firdaus, Muhamad Zulhakimi dan Atif Ilman

TAHNIAH! TEMPAT KE 3 ACTION SONGS, PERINGKAT ZON LUMUT - PANGKOR

11 April 2013

SELAMAT DATANG KE SKKDSK

Selamat datang PK HEM baru SKKDSK En. Mohammad B. Mahmud dan guru sesi petang Pn. Wan Musalmah Bt. Shihabudin.

TAHNIAH!

TEMPAT KETIGA ,PERTANDINGAN ACTION SONGS PERINGKAT ZON LUMUT PANGKOR
Hari : Selasa
Tarikh : 9 April 2013
Tempat : SJK(C) Ping Min Lumut
Tahniah diucapkan kepada peserta Action Songs yang terdiri dari murid-murid Tahun 3, di atas pencapaian mereka. Syabas juga kepada guru pembimbing Pn. Zunaidah dan Pn. Fadliyaton yang bertungkus lumus membimbing murid hingga berjaya melakukan persembahan yang terbaik.


4 April 2013

TAHNIAH

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 3 orang murid Pendidikan Khas SKKDSK  di atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah melalui pertandingan yang disertai.


KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS 2013 (13 MAC 2013),bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.
Pencapaian: i) Puteri Nurshafiqah bt. Muhamed Shah
                    JOHAN 100 meter Sindrom Down
                 ii) Nur Aida bt. Khairuddin
                     TEMPAT KETIGA Lontar Peluru

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS 2013 PERINGKAT DAERAH, (21 MAC 2013) bertempat di SK Pengkalan Baharu
Pencapaian : Mohamad Nizam B. Osman
                   TEMPAT KETIGA, HAFAZAN



TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR , MATEMATIK

Hari : Khamis
Tarikh : 4 April 2013
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Penceramah : En. Suliman B. Md. Maliki dari SK. Sg. Tiram





3 April 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2013

HARI : 11 MAC 2013(ISNIN)
MASA : 7.45 PAGI
TEMPAT : DATARAN SKKDSK
PERASMIAN OLEH : PN. HAJJAH HAMIDAH BT. ISA, GURU BESAR CEMERLANG SKKDSK

Pada hari tersebut, turut diadakan pemberian sumbangan buku untuk Projek Mini Pusat Sumber 
di dalam bilik darjah yang disampaikan oleh Guru besar kepada Ketua Kelas. Projek Mini Pusat Sumber
di dalam bilik darjah merupakan salah satu projek yang dirancang dalam Program Nilam untuk menggalakkan pelajar senantiasa mengamalkan budaya membaca dalam diri mereka.

Guru PSS Pn. Rohanita bergambar bersama Guru besar dan Guru penolong Kanan
Pemberian sumbangan buku untuk Projek Mini Pusat Sumber
di dalam bilik darjah disampaikan oleh Guru besar kepada Ketua Kelas