17 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Hari ini 17.2.2012 SKKDSK telah meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah.Majlis dimulakan dengan Selawat ke atas Nabi Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W oleh guru dan murid-murid.Setelah itu bacaan doa dari Ustaz Hafizi.Ustaz Hafizi juga memberi ceramah ringkas sempena Maulidur rasul ini.Kumpulan nasyid sekolah juga tidak ketinggalan membuat persembahan.Perhimpunan pagi di akhiri dengan Perarakan Smbutan Maulidur Rasul oleh semua murid SKKDSK dan guru-guru diketuai oleh Gurubesar Tn. Hj Ahmad Latifi B. Hamdan.
Murid membaca selawat


Kumpulan nasyid sekolah

Ustaz Hafizi memberi ceramah






kusyuk mendengar ceramah

Perarakan diketua oleh Guru besar Tn.Hj Ahmad Latifi





 Selepas perarakan ,Majlis Sambutan di teruskan dengan Pertandingan Selawat dari murid-murid Tahap 2,manakala Tahap 1 diadakan pertandingan Mewarna.Semoga dengan sambutan ini murid-murid dapat menghayati perjuangan Rasulullah dan mencontohi sifat-sifat baik Baginda untuk menjadi insan yang berakhlak mulia,berjasa kepada ibu bapa,bangsa dan negara.