25 April 2011

TEMPAT KE 2 DAERAH :PASUKAN NASYID SEKOLAH

Pasukan Nasyid Sekolah ( FIRQATUL FAUZAN )yang dibimbing oleh P. Norzaidah dan Pn. Mahzum di bawah Panitia Pendidikan Islam telah berjaya memperolehi tempat kedua dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Manjung yang disertai oleh 24 buah pasukan/sekolah. Kejayaan ini adalah hasil usaha keras guru-guru Pendidikan Islam sekolah dengan dibantu oleh En Akashah, Guru PEnolong Kanan Kokurikulum. Peserta terdiri daripada murid-murid dari tahun 6T dan 6G. Tahniah diucapkan.

Ketua Panitia Pendidikan Islam, Pn. Pairus bt Kassim berbangga dengan kejayaan pasukan nasyid sekolah.




11 April 2011

Penyampaian Hadiah Pendidikan Khas





Murid-murid Pendidikan Khas SKKDSK telah mengambil bahagian dalm Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas pada 7 April 2011 di Stadiaum Perbandaran Manjung.
Hadiah disampaikan pada Perhimpunan Mingguan Sekolah dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

8 April 2011

Pidato Zon Lumut/Pangkor

Pertandingan Pidato Zon Lumut/Pangkor telah dijalankan pada hari Khamis (7April 2011) jam 2 petang. Melibatkan 10 buah sekolah. Tempat pertama dimenangi oleh peserta dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Perserta tersebut akan mewakili Zon ke Pringkat Daerah.





6 April 2011

MTQ Daerah Manjung






Panitia Agama Islam Sekolah telah berjaya menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Daerah Manjung.Peserta sekolah seramai 4 orang turut mewakili pertandingan yang dianjurkan iaitu Pertandingan Tilawah, Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Bercerita. Seorang peserta Bercerita telah berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Peringkat Negeri.

5 April 2011

Pertandingan T-Score






Pertandingan T-Score telah diadakan di Esplanade Lumut pada 1-3 April 2011. Pertandingan ini melibatkan 12 buah sekolah sekitar Seri Manjung. SKKDSK diwakili oleh 4 orang murid dari tahun 6T. Pada hari jumaat (1/4/2011) telah diadakan demo sebelum pertandingan sebenar bermula pada 2/11/2011. Seorang murid SKKDSK telah berjaya memasuki ke peringkat akhir pada 3/4/2011.
Pertandingan ini dijalankan oleh TOP IT dari Terengganu sempena Perak WiFi& Cyber Carnival 2011 anjuran kerajaan Negeri Perak yang dirasmikan oleh MB.
Pertandingan ini adalah secara online , peserta dikehendaki menjawab 30 soalan (BM,BI,MT,SN)selama 30 minit.Peserta yang paling cepat dan paling banyak betul dikira sebagai pemenang.

4 April 2011

LADAP



Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) telah diadakan di dewan sekolah pada hari Sabtu 2.4.2011 jam 8.00pagi hingga 2.00petang. Kelihatan guru-guru memberi komitmen yang tinggi walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerana kebetulan itu cuti Sabtu minggu pertama.