28 January 2011

PROGRAM TITIAN MINDA IBUBAPA TAHUN 6


Program Titian Minda iaitu program perjumpaan dengan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 22 Januari 2011 di dewan sekolah. Program ini bertujuan untuk menerangkan program kecemerlangan tahun 6 dan membincangkan masalah pembelajaran anak-anak mereka.



18 January 2011

Jadual Gaji 2011

Januari - 25.04.2011 Selasa


Februari - 24.02.2011 Khamis


Mac - 24.03.2011 Khamis


April - 25.04.2011 Isnin


Mei - 24.05.2011 Selasa


Jun - 23.06.2011 Khamis


Julai - 25.07.2011 Isnin


Ogos - 24.08.2011 Rabu


September - 22.09.2011 Khamis


Oktober - 20.10.2011 Khamis


November - 24.11.2011 Khamis


Disember - 19.12.2011 Isnin

17 January 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN TAHUN 6 2011 ( KAISARA )

SK KPG DATO’ SERI KAMARUDDIN
32040 SERI MANJUNG
PERAK

KAISARA
PROGRAM KECEMERLANGAN TAJAAN TNB
UPSR 2011

KAISARA
 K - Kecemerlangan
 A - Akademik
 I - Intelek
 S - Sahsiah
 A - Agenda
 R - Raih
 A - 5A


KAISARA
Diambil sedikit daripada perkataan KAIZEN.
Kaizen bermakna peningkatan yang berterusan untuk diri atau organisasi demi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa dalam segala usaha yang dilakukan secara konsisten.


RASIONAL
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kaisara berlandaskan Falsafah Pndidkan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, Kaisara dijadikan medium bagi melakar kejayaan untuk anak-anak didik di SKKDSK.pada tahun ini. Kejayaan akademik merupakan tulang belakang inspirasi kehidupan insan. Namun di sebalik itu, terdapat elemen lain yang menyokong kejayaan tersebut sering dipandang sepi. Justeru KAISARA, satu program yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani serta sahsiah yang jitu berlandaskan FPK.

Justeru membudayakan kaizen dalam aspek pendidikan merupakan satu usaha murni yang berterusan ke arah penambahbaikan dalam semua kerja dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keterampilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insan yang menyeluruh melalui latihan, kursus motivasi, perkongsian pintar, bengkel, aktiviti membaca yang bermatlamat ke arah pendidikan seumur hidup.


Walaupun ringkas nama diberi,projek ini dijalankan secara serampang dua mata. Di samping menjana kecemerlangan akademik, pada masa yang sama pembentukan sahsiah tidak boleh diabaikan. Sahsiah yang cemerlang, melengkapkan lagi pakej kegemilangan pembentukan modal insan ke arah melahirkan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua lapangan.



OBJEKTIF

 Memastikan semua murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.
 Murid-murid terdiri daripada pelbagai kecerdasan oleh itu pendekatan yang disampaikan berbeza berdasarkan tahap penerimaan seseorang individu.
 Setiap murid diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan yang dimiliki.
























PENGISIAN KAISARA

Terdiri daripada 4 komponen utama:
 Akademik
 Kerohanian
 Emosi
 Jasmani


Akademik
 Kelas Tambahan Harian & Cuti Sekolah
 Latih Tubi
 Kelas Intensif


Kerohanian
 PAFA Temanku
 Kem Kerohanian
 Bacaan Yasin
 Solat Hajat


Jasmani
 Setiap murid berpeluang menonjolkan bakat
 Berkebolehan, aktif, serta mampu bersaing
 Dorongan, motivasi dan latihan


Emosi/Motivasi
 Persediaan awal menghadapi UPSR/Seminar Bijak Belajar
 Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru
 Teknik Menjawab Soalan
 Kem Motivasi
 Mutiara Kata
 Imbuhan Jaya










RANGKA KERJA
PROGRAM KAISARA UPSR 2011


PROGRAM
TARIKH
PELAKSANAAN
CATATAN
AKADEMIK
i)Kelas Tambahan Harian /
Cuti Sekolah 7 Feb 2011
Cuti Mac 2011
Cuti Jun 2011
Cuti Ogos 2011 - Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis
- 1.00 petang hinggga 2.00 petang
- Cuti persekolahan
- Fokus kepada latih tubi menjawab soalan
- Melibatkan semua guru Tahun 6
ii)Latih Tubi
a) Gerak Gempur
b) Waja / JUSA / LTS / Smart Writing Jan – Sept 2011 - Setiap hari P&P
- Bahan P&P yang dibekalkan oleh JPN dan PPD

iii)Kelas Intensif
a)Klinik mata pelajaran
b)Praelit
c)Elit
Mac – Sept 2011 - Tumpuan utama murid Halus dan Kritikal untuk meningkatkan peratusan lulus
- Murid-murid sederhana dan cemerlang diberi latihan intensif
iv)Jadual Blok Jul – Sept 2011 - Dikenali sebagai “sistem kepong”
- Murid hanya belajar 5 subjek UPSR, Pendidikan Agama Islam dan PJK
- Setiap hari murid menjawab soalan model UPSR dan perbincangan jawapan.
- Soalan dari negeri lain
KEROHANIAN

i)PAFA Temanku Feb – Sept 2011 - Setiap murid dibekalkan sebuah buku
- Dilaksanakan untuk mencapai matlamat menguasai PAFA
ii)Kem Kerohanian
a) Qiamullail
b) Ceramah Keibubapaan Berkonsepkan Islam
c) Restu Ibu Bapa Feb 2010 - Pengisian rohani untuk meningkatkan pemahaman kepentingan menuntut ilmu dan tanggungjawab anak serta ibu bapa dari pespektif Islam.
iii)Bacaan Yassin
Solat Hajat Jan – Sept 2011
Sept 2011 - Setiap Jumaat 7.10 – 7.40 pagi di surau sekolah
- Peringkat perdana diadakan bersama ibu bapa
-
EMOSI/MOTIVASI
i)Konferens/Perjumpaan Ibu
Bapa Bersama Anak Jan 2011 - Motivasi 2 dalam 1




)Persediaan Awal
Menghadapi UPSR/
Seminar Bijak Belajar
Feb 2011
- Pendedahan teknik belajar yang betul
- Dikendalikan oleh motivator jemputan
-
iii)Teknik Menjawab Soalan
April 2011 - Murid-murid diberi pendedahan berkenaan format soalan dan cara-cara menjawab megikut kehendak soalan
iv)Kem Motivasi / Persiapan Akhir Menghadapi UPSR Jul 2011 - Meningkat keyakinan terhadap kemampuan
diri sendiri
- Membentuk semangat jati diri
v)Slot Mutiara Sepanjang tahun - Dikendalikan oleh Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan.
- Dijalankan secara formal atau dalam suasana santai
vi)Imbuhan Jaya Setiap kali selepas ujian, PKSR 1& 2,
Percubaan UPSR - Penghargaan diberi setiap kali selepas ujian kepada murid yang berjaya memperoleh 5A. Motivasi kepada murid tersebut dan pada masa yang sama merangsang murid lain supaya berusaha lebih gigih jika ingin berjaya.




















STRATEGI PELAKSANAAN KAISARA

01 Menyampaikan cadangan dalam mesyuarat AJK PIBG untuk dipersetujui.
02 Menganjurkan sesi pertemuan dan dialog dengan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 2011.
03 Mengemukakan kertas cadangan program kecemerlangan UPSR.
04 Menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakan program dalam kalangan ibu bapa.
05 Menganalisis keputusan PKSR 2 dan ujian Diaonostik untuk dijadikan sebagai TOV (take of value) pelajar sebagai asas untuk melihat peningkatan atau sebaliknya prestasi murid-murid.
06 Menggubal pakej “ subjek terjerat” seawal Januari 2011.
07 Mengadakan kelas bimbingan percuma bermula Februari 2011.
08 Membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan untuk memudahkan sesi pengajaran.
09 Menganjurkan kelas Elit dan Halus bagi murid lemah dan cemerlang.
10 Menganjurkan kem motivasi yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid.
11 Merancang program Teknik Menjawab Soalan (TMS) bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid cara memahami serta menjawab mengikut kehendak soalan sebenar.
12 Mengadakan “Klinik Subjek UPSR” pada hari Sabtu (minggu kedua dan keempat) untuk menggilap kemahiran atau topik yang belum dikuasai oleh murid.
13 Memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai menghargai usahanya di samping sebagai pendorong kepada rakan-rakan yang lain supaya rajin belajar.
14 Mewujudkan kumpulan rakan sebaya berpandukan rumah yang berhampiran untuk membentuk kumpulan berbincang.
15 Pemantauan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pelaksana.



















































JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM KECEMERLANGAN TAJAAN TNB 2011
























AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM KECEMERLANGAN TAJAAN TNB 2011


PENGERUSI : TN. HJ AHMAD LATIFI B. HAMDAN

NAIB PENGERUSI 1 : PN. HJH.ZURAINI BT. ABDUL MURAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 2 : EN. MOHD RIDHUAN B. YAACOB
PENOLONG KANAN HEM
NAIB PENGERUSI 3 : EN. AKASHAH B. ABDULLAH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 4 : PN. MAZNAH BT. REJAB
PENOLONG KANAN PETANG

PENYELARAS : PN. SABARIAH BT. MOHD YUSOF

BENDAHARI : PN. ZIKRILLAH BT. ARIFFIN

AJK :
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
: PN NOR MUSLEHA BT. KAMARUDIN
PN. AINI BT. MOHAMAD
PN. HUSNA BT. HASSAN
PN. WAN NOR ANITA BT. WAN ABDULLAH
EN. MD ZAKI B. HAMZAH
PN. TING KING LANG
PN. ZAINAB BT. JOHARI
PN. RABITA BT BT. HJ. ALI
EN. NORZET B. JUSOH
PN. RABIATUL ADAWIYAH BT.AB. RAHMAN
PN. FADZILAH BT. BAHAROM
PN. RODZIAH BT. AHMAD
EN. AHMAD ZAINAL B. ZULKIFLI
PN. PAIRUS BT. MOHD KASSIM
PN. FAUDZAH BT. MOHD YUSOF
PN. FUZIAH
PN. ZIKRIILLAH BT. ARIFFIN
PN. NURSHAZILLAH BT. M. SHARIFF












SK KPG DATO’ SERI KAMARUDDIN
32040 SERI MANJUNG PERAK

ANALISIS TOV DAN HEADCOUNT MENGIKUT SUBJEK
TAHUN 2010

MATA PELAJARAN CALON TOV ETR UPSR 2009
BIL LULUS % BIL LULUS % BIL LULUS %
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 164 153 93.29 164 100.00 163 93.7
BAHASA MELAYU PENULISAN 164 137 83.54 159 96.95 160 92.0
BAHASA INGGERIS 164 108 65.85 157 95.73 139 79.9
MATEMATIK 164 87 53.05 142 86.59 147 84.5
SAINS 164 90 54.88 147 89.43 153 87.9

7 January 2011

MAJLIS BACAAN YASSIN TAHUN 6 2011

TARIKH: 07/01/2011
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT: BILIK J-QaF

Program Kecemerlangan Tahun 6 (KAISARA ) dimulakan dengan aktiviti membaca yassin. Semoga dengan amalan ini yang menjadi rutin pada setiap pagi Jumaat dapat membentuk jiwa murid-murid ke arah lebih cintakan ilmu pengetahuan.